Pages

Monday 2 January 2012

Liga Super 2012 : Review Pasukan Felda United


Pengurus : Dato Dzulkifli Wahab
Jurulatih : E.Evalarasan

Senarai pemain :
1. Hamsani Ahmad
2, Suffian Abdul Rahman
3. Syamim Othman
4. Farid Ramli
5. Nazri Ahmad
6. M.Sivakumar
7. Ghani A.Rahman
8. Irfan A.Ghani
9. Juzaili Samion
10. Raimi Mohd Noor
11. Yong Kuong Yong
12. Hardi Jaafar
13. Khairun Ezuan Razali
14. S,Sivanesan
15. Azrul Ahmad
16. Farderin Kadir
17. Aminuddin Ahmad Shahrudin
18. Nizad Ayub
19. Norizam Salaman
20. Ahmad Fakri Saarani
21. Firdaus Fauzi

Rating : 7.0
Ramalan : 10 pasukan teratas liga.

Untuk menghadapi musim 2012, pasukan Felda United telah membuat perubah besar-besaran dalam pasukan. Hanya beberapa pemain musim lalu yang dikekalkan seperti Hamsani Ahmad, Azrul Ahmad, Farderin Kadir, Juzaili Samion serta Ghani A.Rahman.

Manakala selebihnya adalah muka baru antaranya Suffian A,Rahman (Pahang), Farid Ramli (K.Lumpur), Nazri Ahmad (Harimau Muda A), S.Sivanesan (Harimau Muda A), M.Sivakumar (Sabah), Yong Kuong Yong (Sabah), Hardi Jaafar (Selangor), Khairan Ezuan Razali (Kelantan), Aminuddin Ahmad Shahrudin (N.Sembilan), Nizad Ayub (Kelantan), Norizam Salaman (Johor), Ahmad Fakri Saarani (N.Sembilan) serta Firdaus Fauzi (Kedah).

Persiapan pasukan Felda United sedikit terjejas apabila gagal menggunakan khidmat pemain import iaitu Bianchi Parades Santiago yang tidak diluluskan penyertaan oleh FAM bagi mengharungi kempen Liga Malaysia kerana tidak mematuhi syarat yang telah ditetapkan. Bianchi sepatutnya akan mengukuhkan benteng pasukan Felda United, tetapi disebabkan masalah ini, Felda United perlu menunggu sehingga April nanti untuk mendapatkan pemain import baru. Mari kita lihat pasukan ini dari posisi penjaga gol hingga ke posisi serangan.

Bagi posisi penjaga gol utama, Evalarasan dijangka akan terus memberi kepercayaan terhadap penjaga gol veteran, Hamsani Ahmad sambil Suffian A.Rahman akan bersaing hebat bagi merebut posisi tersebut.

Di bahagian pertahanan, skuad kali ini dilihat agak kurang pemain berpengalaman diposisi ini berbanding skuad musim lepas. Ghani A.Rahman, Juzaili Samion, Nazri Ahmad serta Farid Ramli dijangka bakal menjadi tonggak utama pasukan Felda United musim ini. Senarai lain diposisi pertahanan ialah M.Sivakumar, Irfan A.Ghani serta Raimi Mohd Noor.

Sementara itu, barisan midfield pasukan Felda United kali ini dilihat agak mantap apabila ia bakal diisi oleh ramai pemain kebangsaan serta bekas pemain kebangsaan. Yong Kuong Yong, Hardi Jaafar, Khairan Ezuan Razali, S.Sivanesan, Azrul Ahmad serta Ahmad Fakri Saarani.

Jentera serangan pasukan Felda United musim ini bakal dikemudikan oleh Farderin Kadir, Nizad Ayub, Aminuddin Ahmad serta Firdaus Fauzi.

Dengan skuad serba-baru, Evalarasan telah mengambil risiko untuk membentuk keserasian dikalangan pemainnya. Walaubagaimanapun penulis meramalkan pasukan ini akan menjadi pasukan pengacau buat pasukan yang merebut kejuaraan. Pasukan ini juga akan terus kekal bersaing dalam saingan Liga Super musim hadapan.

Penulis : Arieost Azzurie
Grafik : Fitri Roslan